Sekurang-kurangnya 23 cedera dalam gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.
Gempa kali ini berlaku kira-kira enam bulan selepas gempa bumi dahsyat melanda wilayah berkenaan.
Pusat pemantauan gempa bumi Kandilli di Istanbul melaporkan gempa itu berlaku pada 8.47 malam (1747 GMT) Khamis, dengan pusat gempa di perbandaran Yesilyurt wilayah Malatya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).