Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi kuat di Kepulauan Vanuatu pada 5.11 pagi tadi.
Gempa 6.0 magnitud itu berlaku pada kedalaman 223 kilometer di koordinat 14.0 darjah selatan, 167.2 darjah timur dengan jarak 396 kilometer tenggara dari Lata, Kepulauan Solomon.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.