Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa kuat di Semenanjung Alaska pada 2.48 petang, hari ini.
Gempa 7.1 magnitud itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 54.6 darjah utara, 160.9 darjah barat dengan jarak 2,622 kilometer timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Russia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi tersebut.