ARTIKEL

Gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.39 pagi tadi.

Gempa 5.9 magnitud itu berlaku pada kedalaman 132 kilometer di koordinat 4.7 darjah utara, 127.5 darjah timur dengan jarak 118 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia.

Pun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU