ARTIKEL

Gempa bumi sederhana di Filipina, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Filipina pada 6.15 petang, Sabtu.

Gempa 5.2 magnitud itu berlaku pada kedalaman 52 kilometer di koordinat 19.3 darjah utara, 121.3 darjah timur dengan jarak 144 kilometer timur laut dari Laoag City, Filipina.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU