Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 11.02, malam tadi.
Gempa 5.2 magnitud itu berlaku pada kedalaman 14 kilometer di koordinat 29.3 darjah utara, 129.6 darjah timur dengan jarak 276 kilometer selatan dari Kagoshima, Jepun.
Pun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.