Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada 9. 42 pagi, Ahad.
Gempa 5.3 magnitud itu berlaku pada kedalaman 120 kilometer di koordinat 0.1 darjah utara, 123.0 darjah timur dan 45km selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Justeru, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi sederhana itu.