Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Sulawesi, Indonesia sekitar 6.09 petang, hari ini.
Gempa 5.1 magnitud itu berlaku pada kedalaman 28 kilometer di koordinat 1.2 darjah selatan, 120.3 darjah timur dengan jarak 52 kilometer tenggara dari Palu, Indonesia.
Pun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi tersebut.