Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Papua Barat, Indonesia pada 11.18, malam tadi.
Gempa 5.3 magnitud itu berlaku pada kedalaman 62 kilometer di koordinat 3.1 darjah selatan, 139.8 darjah timur dengan jarak 124 kilometer barat daya dari Jayapura, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi tersebut.