Gempar, bawa pistol mainan

MIRI: Orang awam gempar apabila penunggang yang dilanggar sebuah kenderaan ditemui bersama senjata api dalam kejadian kemalangan di pusat bandar di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi, senjata api itu djumpai di dalam bakul motosikal.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi semalam bagaimanapun mengesahkan bahawa senjata api yang dijumpai itu hanya pistol mainan.

“Pihak polis akan menyiasat motif penunggang memiliki senjata mainan itu,” katanya.

Difahamkan, motosikal terbabit dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Pelita sebelum dilanggar kenderaan yang sedang memasuki persimpangan.

Menurut sumber, susulan kejadian mangsa mengalami patah kaki dan beberapa kecederaan lain. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Suara Sarawak