MIRI: Orang awam digemparkan dengan kejadian seekor monyet membawa lari telefon pintar milik seorang wanita di Canada Hill di sini petang tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang, orang awam cuba membantu untuk mengambil telefon yang ditinggalkan oleh monyet tersebut atas pokok.
Bagaimanapun, usaha tersebut tidak berjaya sehingga terpaksa memanggil pihak bomba untuk memberi bantuan.
Setakat jam 7 malam tadi, pihak bomba masih berusaha untuk mengambil telefon berkenaan.