ARTIKEL

Genap 49 tahun saya menulis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BENGKEL Sastera 1975 yang dianjurkan oleh PEBAS dengan kerjasama GAPENA sedikit banyak mendedahkan saya dengan dunia sastera kebangsaan.

Saya dan sekumpulan pelajar sekolah menengah di seketikar bandar raya Kuching telah diundang menerusi sekolah masing-masing untuk ikut serta dalam bengkel sastera tersebut yang diadakan di Dewan Sekolah St Thomas.

Bengkel Sastera tersebut dirasmikan pembukaannya oleh Datuk (Tun) Ahmad Zaidi yang ketika itu Menteri Perumahan Sarawak.

Sebelum itu, saya hanya mengenali William Shakespeare, Charles Dickens, Robert Louis Stevenson, Mark Twain, Jules Verne, Walter Scott.

Bahkan juga Anthony Hope yang terkenal dengan novelnya The Prisoner Of Zenda, antara novel yang amat saya minati.

Selain itu, saya lebih mengenali Alistair Maclean yang novel-novelnya menambat hati saya, antaranya Puppet on a Chain, The Guns of Navarone, Where Eagles Dare dan Ice Station Zebra.

Tetapi, situasinya berubah pada hari pertama Bengkel Sastera 1975 diadakan.

Nama Usman Awang, Shannon Ahmad dan beberapa lagi penulis tanah air diperkenalkan kepada kami. Mereka hadir sepanjang bengkel tersebut dianjurkan.

Usman Awang berkongsi pengalamannya sebagai penyair dan penulis novel.

Begitu juga dengan Shannon Ahmad yang hebat dengan novelnya Ranjau Sepanjang Jalan.

Begitu juga dengan penulis lain yang turut memperturunkan ilmu dan pengalaman masing-masing dalam dunia penulisan kepada kami.

Baca lain  Bakar Bantal Busuk

Sedikit demi sedikt pengalaman menulis mereka meresap ke hati saya.

Kebetulan, suatu hari selepas menghadiri bengkel tersebut, saya singgah ke sebuah kedai buku di Lebuh India, Kuching, iaitu Toko Abdul Rahman.

Kedai buku tersebut satusatunya yang banyak menjual buku dari Semenanjung Malaysia dan dari negara jiran Indonesia,di Kuching (waktu itu belum wujud lagi kedai buku DBP di Kuching).

Ditakdirkan, saya terjumpa novel Tulang-Tulang Berserakan yang ditulis oleh Usman Awang di Toko Abdul Rahman.

Tanpa berkira, saya terus membeli novel tersebut.

Setiba di rumah, saya terus membaca novel Tulang-Tulang Berserakan. Novel tersebut amat menarik dan jauh di sudut hati saya, apakah ini di antara pengalaman peribadi Usman Awang pada zaman perang?

Terus terang, itulah novel Melayu pertama yang saya baca.

Dalam peperiksaan Senior Cambridge, saya tidak mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, Sebaliknya, saya mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris.

Pada hujung minggu, iaitu seminggu selepas menghadiri Bengkel Sastera tersebut, kami beberapa pelajar yang pernah hadir ke Bengkel Sastera 1975 diundang pula oleh Saiee Dris, Latifah Sabli dan Sajali Mohammad ke pekarangan Muzium Sarawak.

Aktivitinya, mengenali dunia persajakan.

Itu juga sedikit banyak mendekatkan kami kepada dunia puisi kebangsaan.

Baca lain  Jadikan pengajian universiti kondusif

Antara aktivis puisi yang hadir bersama Saiee Dris, Sazali Mohammad dan Latifah Sabli pada petang Ahad itu, Datu Dr. Adi Bidiozaman Tuah.

Mereka membaca sajak, sekali gus membolehkan kami menghargai isi yang tersirat di sebalik rangkap-rangkap puisi atau sajak.

Mulai detik itu juga saya mengenali Latifah Sabli yang selepas itu banyak saya temui di RTM, Sarawak di Kuching dan beberapa seminar berkaitan dengan budaya Melayu.

Begitu juga dengan Saiee Dris dan Sazali Mohammad yang menjadi pemimpin kami dalam sebuah persatuan sastera, iaitu Angkatan Karya Sarawak.

Saiee Dris memperkenalkan kami yang masih bersekolah dengan lebih jauh lagi akan dunia sastera kebangsaan tanah air menerusi rancangan terbitan beliau di udara.

Ketika itu Saiee Dris bertugas di RTM, Sarawak di Kuching.

Begitu juga dengan Datu Adi Badiozaman Tuah yang menjadi ketua saya apabila bertugas di Jabatan Pendidikan Sarawak.

Walaupun saya didedahkan kepada dunia penulisan sajak, cerpen dan novel semasa Bengkel Sastera 1975, hairannya, saya tidak terus bergiat dalam penulisan sajak, cerpen dan novel.

Sebaliknya pada tahun 1975 itu, iaitu ketika dalam tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Senior Cambridge, saya mulai menulis skrip drama radio.

Semasa menghadiri Bengkel Sastera 1975, saya berkenalan dengan Muliadi M. Masino. Muliadi antara pelakon muda dalam drama radio di RTM, Sarawak.

Baca lain  HUKUM MURPHY

Beberapa kali dia membawa saya ke RTM, Sarawak di Kuching untuk menyaksikan rakaman drama radio yang beliau turut berlakon.

Selepas berlakon, Muliadi menyerahkan skrip drama radio itu kepada saya dan mencabar saya untuk menulis skrip drama radio.

Pada mulanya, saya keberatan. Lagipun saya tidak pernah menghadiri mana-mana kursus tentang penulisan skrip drama radio. Bahasa Melayu saya juga lemah.

Namun, setelah banyak kali dicabar, maka saya cuba menulis skrip drama radio berpandukan skrip drama radio yang Muliadi serahkan kepada saya.

Tidak menggunakan mesin taip. Sebaliknya menggunakan tulisan tangan di kertas kajang.

Selesai ditulis, skrip drama tersebut saya masukkan ke dalam sampul surat dan saya hantar secara tangan ke Bahagian Perkhidmatan Drama RTM, Sarawak, Kuching.

Skrip drama tersebut didapati sesuai untuk disiarkan.

Dengan itu, bermula dunia penulisan skrip drama radio saya untuk pelbagai rancangan, Antaranya drama radio bersiri Rumpun Kelana untuk kanak-kanak, skrip drama radio bersiri bercorak pembangunan, iaitu Setitik Peluh Di Bumi Bertuah, skrip drama radio yang bercorak purbawara, drama minggu ini dan drama khas untuk pelbagai perayaan.

Sehingga kini, saya menulis 301 skrip drama radio yang

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh