ARTIKEL

Gencatan senjata seminggu di Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KHARTOUM: Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari – yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) di Afrika Timur – bermula 4 hingga 11 Mei, lapor Sputnik, memetik kenyataan tentera pada Rabu.

“Angkatan tentera menyatakan persetujuan terhadap cadangan (IGAD), berdasarkan prinsip penyelesaian Afrika kepada masalah benua serta mengambil kira aspek kemanusiaan,” menurut tentera dalam satu kenyataan.

Tentera Sudan juga mempertimbangkan inisiatif gencatan senjata AS-Saudi, menurut kenyataan itu.

“Kami berharap pemberontak (Rapid Support Forces) akan menghormati gencatan senjata yang dicadangkan,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Kementerian Luar Sudan Selatan memaklumakn pemimpin angkatan bersenjata Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) bersetuju dengan gencatan senjata dari 4-11 Mei. 

Menurut kenyataan itu, ketua komander tentera Sudan Jeneral Abdel Fatah Al Burhan dan pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo bersetuju untuk menamakan wakil mereka bagi memulakan rundingan.

Bagaimanapun, Yusuf Izzat, penasihat kepada pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo, berkata pada Selasa bahawa RSF belum bersetuju dengan gencatan senjata, namun menegaskan bahawa RSF tidak menolak langkah terbabit dan mengalu-alukan semua inisiatif yang bertujuan menyelesaikan konflik dalaman di Sudan. 

Pada 15 April, pertempuran ganas berlaku antara pasukan tentera Sudan dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.

Pihak-pihak berkaitan telah melaksanakan beberapa gencatan senjata sementara di seluruh negara sejak itu, tetapi pelanggaran terhadapnya sering kali dilakukan.

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, sekurang-kurangnya 550 orang telah terbunuh dalam konflik itu, dan hampir 5,000 cedera setakat ini. –BERNAMA

BERITA LAIN

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

UAE sumbang bantuan 100 tan makanan, perubatan

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir

Singapura tingkatkan langkah keselamatan

SINGAPURA: Singapura meningkatkan langkahlangkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis

BERITA TERBARU

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri