ARTIKEL

Foto: REUTERS/ Piroschka van de Wouw | BERNAMA

Gencatan senjatan serta merta satu-satunya cara untuk Israel patuh perintah ICJ – Menteri Luar Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin menegaskan bahawa gencatan senjata segera merupakan syarat perlu dan praktikal untuk memaksa Israel melaksanakan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap orang awam serta menjamin keperluan asas kemanusiaan mereka.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, kementerian itu berkata pembunuhan beramai-ramai secara berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dilihat menjadi cabaran kepada Mahkamah Dunia dalam membuat keputusannya.

Ini juga berisiko mengheret wilayah itu ke dalam kemusnahan sistematik selanjutnya apabila pesawat pejuang Israel meneruskan sasaran mereka ke atas hospital dan stesen kumbahan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Kementerian itu mengutuk perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Semenanjung Gaza untuk hari ke-113, mencerminkan niat jelas Israel untuk melengkapkan pemusnahan Gaza dan menjadikannya tidak boleh didiami.

Pada 29 Dis, Afrika Selatan memfailkan tuntutan di ICJ, memohon injunksi terhadap Israel atas alasan bahawa serangan negara itu ke atas Gaza melanggar Konvensyen Genosid.

Dalam keputusannya pada Jumaat, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mencegah serta bertindak ke atas sebarang hasutan untuk pembunuhan beramai-ramai.

Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, mencegah kemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan menyerahkan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah itu dalam tempoh sebulan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.