ARTIKEL

Dr Sim (kiri) menyerahkan geran UNIFOR kepada wakil SSTA. - Foto: UKAS

Generasi ketiga lahir di luar Sarawak tidak layak terima bantuan kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Generasi ketiga yang tidak lahir di Sarawak bagi sesebuah keluarga tiada hak menerima bantuan Kerajaan Sarawak disebabkan tidak berstatus rakyat di wilayah ini.
 
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata ibu bapa generasi pertama yang melahirkan anak mereka (generasi kedua) di luar Sarawak perlu peka dengan perubahan ini yang boleh menyebabkan cucu mereka (generasi ketiga) hilang status rakyat Sarawak jika mereka lahir di luar Sarawak.

Jelasnya, perkara ini boleh menafikan hak mereka, terutamanya ke atas bantuan pendidikan percuma di universiti milik Kerajaan Sarawak selain bantuan di fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Kalau dua generasi (selepas generasi pertama) tidak lahir di Sarawak, maka generasi ketiga bukan lagi berstatus rakyat Sarawak.
 
“Walaupun anak-anak mempunyai kod ‘K’ tetapi sekiranya mereka lahir di luar Sarawak, cucu mereka hanya layak menjadi rakyat Sarawak melalui perkahwinan dengan rakyat Sarawak (sekiranya lahir luar negeri).
 
“Mereka hanyalah warga negara Malaysia tanpa status rakyat Sarawak dan mereka tidak layak menerima pendidikan percuma di universiti milik Kerajaan Sarawak dan tidak layak menerima bantuan di kemudahan kesihatan di negeri ini,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Vaisakhi di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
 
Tambahnya, ibu bapa Sarawak yang tinggal di luar negeri perlu ambil tahu tentang perkara ini sekiranya mereka inginkan cucu mereka menerima bantuan mahupun kemudahan Kerajaan Sarawak.
 
Pada majlis tersebut, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut menyerahkan geran peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Sarawak Sikh Temple Association (SSTA).
 
Turut hadir, Pengarah UNIFOR, Datu Jack Aman Luat, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon, Presiden SSTA, Dr Kalwinder Singh Khaira, serta tetamu kehormat lain.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Makan Malam Vaisakhi 2024. – Foto: UKAS

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di