ARTIKEL

Anelia (tengah) meninjau reruai sempena Hari Biodiversiti SBC 2024.

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, memuji usaha Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mempromosikan STEM kepada golongan tersebut.

Beliau berkata, pendedahan pelajar ini kepada STEM akan memberi motivasi kepada mereka untuk menjadi analitikal, berfikiran kritis dan menyelesai masalah.

“Untuk ini, saya percaya bahawa kita harus bermula dengan perkara penting iaitu melibatkan generasi masa hadapan kita dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM pada usia muda.

“Kita memperkasakan golongan muda ini untuk memahami kepentingan kelestarian alam sekitar dan menjadi inspirasi kepada pemimpin masa hadapan ini untuk berinovasi dan melaksanakan penyelesaian yang mampan, memastikan planet yang lebih sihat untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Anelia Siam, sempena Hari Biodiversiti SBC 2024 di SBC, Jalan Puncak Borneo, hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan pelancaran laman sesawang Science Made Easy SBC.

Sagah turut memuji SBC kerana menerima banyak sekolah dan pelajar yabg terlibat dalam aktiviti berasaskan sains sambil dibimbing oleh penyelidik sendiri.

Katanya, mereka ini terdiri daripada pelajar Singapura, Perancis dan Amerika Syarikat, malah dari universiti tempatan dan prasekolah, yang menjadikan SBC sebagai tempat lawatan, latihan industri dan aktiviti berasaskan sains selama ini.

Pada masa sama, katanya, SBC turut merangsang perasaan ingin tahu dan semangat dalam kalangan orang ramai dan pelajar sambil memupuk pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang pengetahuan tradisional masyarakat kita sendiri dan bagaimana pengetahuan itu boleh membawa kepada penemuan baharu yang menarik dan disokong oleh sains.

“Ini sememangnya selaras dengan objektif kementerian saya di mana kita telah mempergiatkan usaha untuk mencapai sasaran 60 peratus pelajar mendaftar dalam kelas STEM menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Kejayaan PCDS 2030 terletak pada komitmen kita ke arah usaha Sarawak membangunkan ekonomi yang dipacu teknologi dengan tumpuan yang kuat terhadap kelestarian alam sekitar.

“Oleh itu, penekanan kita terhadap pengukuhan pendidikan STEM dan TVET adalah untuk memastikan tenaga kerja kita memiliki pengetahuan dan kemahiran penting, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, bioteknologi dan mikroelektronik bagi menyokong inisiatif pembangunan Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan