Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Generasi memilih kerja?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

GENERASI tolak kerja atau memilih kerja sering dikaitkan dengan generasi Z dan penghujung generasi Y atau milenium.

Mereka juga dikatakan sebagai generasi manja oleh generasi terdahulu.

Umumnya, generasi Y merupakan individu yang lahir pada 1981 hingga 1996, bermakna dalam lingkungan umur 42 hingga 27 tahun.

Manakala generasi Z pula bagi mereka yang lahir pada 1997 hingga 2012.

Paling tua berusia 26 tahun dan paling muda masih darjah lima sekolah rendah.

Kedua-dua generasi ini melalui fasa perkembangan teknologi dan era moden.

Justeru, pasaran pekerjaan juga memaksa mereka untuk berkemahiran dari segi teknologi sebagai nilai tambah selain sijil pendidikan sebagai tiket.

Kalau kita berjalan-jalan di pusat beli-belah atau pasar raya, kita dapati lambakan tawaran kerja kosong.

Bagaimanapun, sekiranya kita menatal telefon pintar, ramai yang mengeluh kerana masih gagal mendapatkan tawaran kerja.

Statistik Tenaga Buruh Malaysia Suku Tahun Keempat dan Disember 2022 melaporkan, kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Disember 2022 dengan bilangan penganggur menurun kepada 599,600 berbanding 600,900 pada bulan sebelumnya.

Bijak cari peluang

Menurut laporan tersebut, bilangan penduduk bekerja kekal pada trend positif dengan peningkatan bulan ke bulan 0.1 peratus kepada 16.13 juta pada Disember lepas berbanding 16.11 juta pada November.

Baca lain  Kelvin Yip Si penggaya rambut

Angka positif juga direkodkan untuk kategori bekerja sendiri yang mencatatkan 2.86 juta orang pada Disember berbanding 2.85 juta orang pada November.

Pada pandangan anda, adakah laporan ini mencerminkan situasi sebenar dan menepis dakwaan warganet di media sosial berkaitan peluang pekerjaan?

Kenyataan tersebut turut mendedahkan kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 11.8 peratus pada Disember tahun lepas, dengan 331,000 belia menganggur berbanding 329,3000 orang pada bulan sebelumnya.

Manakala kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun menurun kepada 6.9 peratus dengan merekodkan 444,500 orang daripada 453,100 orang bagi tempoh sama.

Angka ini masih dikira sebagai kerugian negara kerana masih banyak tenaga boleh guna untuk sektor ekonomi negara tidak dimanfaatkan.

INISIATIF KERAJAAN

Justeru, adakah penganguran masih menjadi isu hangat di Malaysia?

Adakah mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan atau memilih tidak bekerja? 

Kerajaan Pusat melalui Malaysia Short-Term Employment Programme (MyStep) menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Baca lain  Aaron Aziz tidak berniat campur tangan

Ia disediakan khusus buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Pada 2023, MyStep diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC/ GLIC dan Rakan Strategik.

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. 

Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada Perkeso dan KWSP.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MyStep ialah satu bulan hingga 12 bulan. 

Justeru, mereka yang terpilih berpeluang mendapatkan pengalaman, kemahiran dan pendapatan.

Sekiranya berpotensi dan terdapat kekosongan, mungkin mereka akan diserap masuk.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Sarawak juga melaksanakan inisiatif sama menerusi program Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak atau Graduate Enhancement Training Sarawak (Gets) dalam usaha membantu graduan menganggur mendapat pekerjaan menerusi latihan di Sarawak.

Baca lain  Azila Sibi improvisasi matematik

Program Gets ialah sebuah peluang bina kerjaya dan mendapatkan kemahiran bekerja serta menjana elaun bulanan RM1500 sebulan buat graduan.

PILIH MENGANGGUR

Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus tersebut harus dinilai dari pelbagai aspek.

Mungkin ada yang memilih untuk tidak bekerja disebabkan faktor tertentu seperti memilih menjadi suri rumah sepenuh masa atau menunggu tawaran pekerjaan yang diinginkan.

Terdapat istilah kurang popular bagi mereka yang sengaja mengangur iaitu “menghabiskan beras” atau “biawak hidup”. 

Biasanya golongan ini tidak mempunyai komitmen untuk difikirkan atau memberi tekanan kepada mereka mendapatkan pendapatan melalui pekerjaan.

Bagi golongan graduan pula, rebutlah peluang mendapatkan pekerjaan dan pengalaman demi kebolehpasaran kerja yang lebih baik.

Memilih pekerjaan mungkin bukan pilihan yang baik pada masa kini memandangkan banyak sektor yang berusaha mengurangkan tekanan dengan mengurangkan pekerja.

Justeru, persaingan kuat memerlukan pekerja serba boleh dan yang paling penting ialah sikap kita sendiri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ayah pelindung keluarga

PERANAN institusi keluarga sangat besar terhadap anggotanya dalam menghadapi pelbagai

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru