ARTIKEL

Generasi muda perlu bersuara, ketengah politik matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Generasi muda sebagai pewaris negara mempunyai peranan dan suara yang sangat penting dalam mengetengahkan naratif politik matang yang secara tidak langsung akan membantu membentuk masa depan negara lebih baik.

Dengan remaja seawal 18 tahun kini dibolehkan mengundi dalam pilihan raya, bimbingan rakan sebaya adalah sangat mustahak supaya pelbagai maklumat berkaitan politik yang wujud terutama di alam maya dapat dipertimbangkan mereka sewajarnya dan mereka juga menyampaikan kepada masyarakat sekitar.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata adalah menjadi tanggungjawab golongan belia untuk memperbetulkan segala kesilapan maklumat dan fakta agar masyarakat lebih celik dengan maklumat sahih.

Beliau berkata ini kerana anak muda, yang merupakan golongan paling aktif dalam penggunaan media sosial, seharusnya menjadi kelompok yang paling hadapan untuk menyemak dan mengesahkan segala berita dan maklumat.

“Orang muda dan belia perlu menjadi kelompok warganegara yang menggerakkan agenda pembaharuan budaya dan sikap mulia. Kita (anak muda) sepatutnya menjadi warga yang memperbetulkan segala kesilapan dalam masyarakat.

“MBM berharap orang muda hari ini akan lebih positif sikap dan murni nilainya agar masa depan negara kita lebih baik dan terjaga,” katanya kepada Bernama.

Baca lain  COVID: Kes sembuh 21,771 melebihi kes baharu hari ini

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lepas yang mahu anak muda di negara ini memainkan peranan membantu kerajaan menangkis tohmahan segelintir pihak dalam landskap politik dan ekonomi masa kini.

Anwar berkata golongan itu juga boleh membantu menyampai atau menjelaskan pelbagai ‘kebenaran’ melalui media sosial antaranya isu pemberian peruntukan kepada beberapa negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.

Sementara itu, dalam konteks serupa, Pensyarah Pembangunan Belia Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Mursyid Arshad berkata melalui perkongsian ilmu, nilai dan komitmen daripada golongan belia, mereka dapat membantu membentuk masa depan negara yang lebih baik.

“Belia berperanan sebagai generasi masa depan yang akan mewarisi tanggungjawab untuk memajukan negara dengan idea segar dan memberi cadangan kepada kerajaan menerusi saluran yang betul, selain sentiasa menekankan inovasi dan terus menyumbang tenaga serta kepakaran mereka kepada negara,” katanya.

Dalam konteks pembangunan belia pula, beliau berkata penglibatan belia sebagai rakan kepada pembangunan negara dapat diterjemahkan kerajaan melalui partisipasi mereka dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial.

Baca lain  Amanah umum senarai calon PRN 24 Julai ini

-BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,