Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Generasi muda perlu mengutamakan kepentingan tanah air

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BETONG: Generasi muda diingatkan agar mengutamakan kepentingan tanah air berbanding kepentingan diri semata-mata untuk menjadi pengemudi kepimpinan negara pada masa.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ia selari dengan tema sambutan Hari Belia Negara 2022 iaitu Ini Masa Kita yang menjadi peringatan betapa berharganya masa muda agar dimanfaatkan untuk bersama-sama bersatu hati dalam usaha membangunkan negara.

“Generasi muda harus disemat dengan nilai hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, tapi lebih memberi keutamaan kepentingan tanah air.

“Ini kerana negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif yang bakal mengemudi kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab sambutan berkata demikian pada Perayaan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Sarawak yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, hari ini.

Begitu juga semangat patriotisme jelasnya, yang perlu selari dihayati segenap lapisan masyarakat khususnya kepada generasi muda.

“Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai patriotisme sejak usia muda agar apabila mereka dewasa nanti, akan menjadi teras jati diri cintakan negara yang tidak akan luntur sehingga ke usia tua,” ujarnya.

“Bahkan kesedaran yang mendalam tentang pentingnya semangat patriotisme dan sayangkan negara harus dibangkitkan untuk sentiasa dipertahankan seperti mana generasi terdahulu mempertahankannya,” tambahnya.

Justeru, acara kibaran Jalur Gemilang di setiap sambutan sebelum ini diharap bukan dilihat dari sudut simboliknya semata-mata, tetapi memiliki roh semangat jati diri yang tinggi sayangkan tanah air kerana tanah air ini, milik bersama.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk