Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Geng Ali Kuantao rompak kedai 24 jam tumpas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Ahsmon bercakap pada sidang media sempena kejayaan menumpaskan Geng Ali Kuantao

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menumpaskan Geng Ali Kuantao yang aktif menyamun premis 24 jam sekitar Daerah Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, satu pasukan khas telah digerakkan untuk menangkap ahli kumpulan tersebut.

Ahsmon bercakap pada sidang media sempena kejayaan menumpaskan Geng Ali Kuantao

Katanya, enam ahli kumpulan tersebut berjaya ditangkap pada 5 dan 6 Oktober lalu susulan laporan polis dibuat pada hari sebelumnya.

“Kesemua suspek lingkungan umur 20 sehingga 26 tahun yang mempunyai 10 rekod siasat lampau melibatkan kes dadah dan jenayah harta benda.

Ahsmon menunjukkan senjata kwang tao yang digunakan oleh Geng Ali Kuantao ketika menyamun.

“Modus operandi yang digunakan kumpulan ini mengacukan parang, bertopeng muka untuk menakutkan mangsa dan melindungi identiti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kumpulan ini aktif sejak awal tahun ini dengan menyasarkan premis kedai sekitar awal pagi dan bertindak agresif, dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika menyamun.

Kenderaan digunakan oleh ahli kumpulan Geng Ali Kuantao untuk menyamun.

Dalam pada itu, Ahsmon, pihaknya telah berjaya menyelesaikan lima kes samun dengan tertangkap kesemua suspek, selain berjaya merampas kenderaan, pakaian, senjata serta peti simpanan wang milik premis.

Baca lain  Guru pedofilia dipenjara 90 tahun, 24 sebatan

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

“Kesemua suspek dalam tempoh tahanan reman selama tujuh sehingga 13 Oktober 2022,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru