ARTIKEL

Geng Piji tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 20 sehingga 30-an. 

“Pada 23 Mei lepas, kita mengaktifkan semula pasukan Counter Aggresive Team (CAT) untuk menjejaki suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah; samun; curi kabel dan kenderaan di sekitar kawasan Kuching.

“Susulan itu, kita berjaya mengesan seorang suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun di Jalan Sultan Tengah, bersabit kes pecah rumah dan curi kenderaan di Taman Long Seng pada 19 Mei membabitkan kerugian lebih kurang RM90,000,” katanya pada sidang media yang diadakan di IPD Kuching di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, bertindak atas maklumat suspek, pihak polis berjaya menangkap seramai 11 lagi anggota kumpulan Piji yang lain.

Tangkapan in berjaya menyelesaikan sebanyak sembilan kes pecah rumah; curi kenderaan dan curi kabel serta dua kes samun di sekitar Kuching. 

“Kita turut merampas tiga kenderaan dengan dua kereta serta satu motosikal termasuk pistol palsu yang digunakan untuk menakutkan mangsa.

“Menariknya kes ini, ketua kumpulan dikenali sebagai Piji berusia 26 tahun memiliki 20 rekod lampau pelbagai kesalahan termasuk 11 kes samun dan pernah ditangkap sebelum ini. Dia juga terlibat dalam lima kes harta benda seperti pecah rumah, curi kenderaan selain kes dadah.

“Kita mencadangkan kepada Pendakwaraya agar suspek tidak dibebaskan dengan jaminan semasa prosiding mahkamah susulan sebelum ini, suspek pernah menghilangkan diri semasa prosiding dijalankan.

“Dia ‘tidak timbul’ semasa prosiding selepas ikat jamin dan mengambil kesempatan merekrut rakan lain sehingga mempunyai ahli kumpulan seramai 11 orang untuk melakukan kesalahan jenayah lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Ahsmon turut mendedahkan kumpulan tersebut beroperasi sejak 2022 sehingga penahanan dilakukan baru-baru ini.

Namun, Piji sebelum ini mempunyai kumpulan jenayah lain yang pernah ditahan polis pada 2021 dan kemudian, dia merekrut ahli baharu sejak 2022 di samping siasatan lanjut bagi mengesan suspek lain kini sedang dijalankan.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU