ARTIKEL

Geng rompak bersenjata di Miri tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAHAN KES…Azman menunjukan barangan rampasan daripada 10 suspek yang terlibat dalam rompakan bersenjata di Bekenu dan Miri.

MIRI: Sepuluh suspek warga asing termasuk seorang warga tempatan yang terlibat dalam kes rompakan di Bekenu dan Miri ditangkap sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri dalam ‘Ops Rantau’ pada 16 November lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Sapri berkata, penahanan kesemua suspek yang berusia antara 40 sehingga 50 tahun itu sekali gus menyelesaikan dua kes rompakan bersenjata.

“Lapan daripada suspek ditahan di sebuah kediaman di kawasan Riam By-pass Miri pada jam 3 pagi, manakala dua lagi suspek warga asing ditahan JSJ Serian di stesen bas Serian ketika hendak melarikan lari,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tambah Azman, semasa tangkapan dibuat, pihak polis turut menjumpai barangan rompakan.

“Kita percaya kesemua suspek ini adalah dalang kepada dua kes rompakan bersenjata yang dilaporkan pada berlaku pada 8 dan 14 September lalu,” jelasnya.

Dalam kejadian rompakan bersenjata pada awal pagi tersebut, tangan mangsa telah diikat dengan tali oleh penjenayah yang bersenjatakan parang.

Penangkapan kesemua suspek ini bukan sahaja dapat menyelesaikan kes jenayah kekerasan di Miri bahkan ia turut membantu menyelesaikan kes rompakan yang berlaku di negara Brunei baru-baru ini.

Kesemua suspek direman selama tujuhari untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan rompakan dengan bersenjata, dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Timbalannya Supt Mohd Sabri Zainol.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan