ARTIKEL

Genting Dream tawar pengalaman percutian mesra Muslim atas kapal mewah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Berbicara mengenai percutian menaiki pelayaran kapal mewah, pastinya akan terdetik persepsi negatif bagi umat Islam seperti kesukaran untuk mendapatkan makanan halal dan aktiviti atas kapal yang dipenuhi kegiatan tidak bermoral termasuk perjudian.

Peka terhadap sentimen berkenaan, agensi pelancongan Qaliff Travel Sdn Bhd mengambil inisiatif menawarkan pengalaman percutian ‘mesra Muslim’ bertaraf lima bintang dengan pelayaran menaiki kapal mewah Genting Dream.

Pengarah Urusan Qaliff Travel Sdn Bhd Megat Muhammad Farhan Al Haj berkata pakej mesra Muslim itu dijamin memberi keselesaan kepada umat Islam untuk menikmati percutian di atas kapal yang belayar membelah Selat Melaka itu, tanpa perlu rasa ragu sekali gus menangkis persepsi negatif yang membelenggu mereka selama ini.

“Sebelum ini mentaliti ramai orang Islam, percutian atas kapal ini tak sesuai untuk mereka, jadi pakej yang kita tawarkan ini bertujuan untuk ubah fikiran itu sekali gus beri peluang mereka rasai pengalaman percutian unik ini.

“Tidak semua kapal percutian mewah ada tawarkan restoran halal…namun menerusi pakej mesra muslim ini, kita sediakan antaranya restoran makanan halal di atas kapal iaitu The Lido, yang diiktiraf oleh UWHD (Pembangunan Halal Sedunia Bersatu), Singapura,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama yang diberi peluang merasai pengalaman percutian menaiki kapal mewah Genting Dream, baru-baru ini

Baca lain  Syarat kemasukan anggota bomba wanita akan dilonggarkan - Zuraida

.

Megat Muhammad Farhan berkata selain disediakan kemudahan surau di atas kapal mewah itu, kolam renang dan gimnasium pula membenarkan pakaian patuh syariah di kawasan itu.

Menurut beliau pakej mesra muslim yang ditawarkan pihaknya dengan kerjasama pengendali kapal mewah itu berjaya menarik penyertaan lebih ramai pelancong Muslim untuk menikmati konsep percutian atas kapal.

“Alhamdulillah permintaan untuk pakej mesra Muslim ini amat menggalakkan, saya boleh katakan ketika ini tempahan untuk percutian kita ketika ini hampir 70 peratus adalah daripada rakan-rakan umat Islam.

“Kita juga akan sentiasa tambah baik pakej ini, termasuk perancangan mengadakan lebih banyak aktiviti berunsur keagamaan, pengisian kerohanian sepanjang pelayaran seperti ceramah, kuliah subuh, tasmik al-Quran dan bicara hadis, dengan membawa bersama-sama personaliti dan tokoh-tokoh agama dalam pelayaran akan datang,” katanya.

Sementara itu Pengurus Perniagaan Qaliff Travel Sdn Bhd Nurul Nabihah Ahmad Jamhor berkata ketika ini Qaliff Travel menawarkan dua pakej mesra Muslim, iaitu pelayaran empat hari tiga malam dan tiga hari dua malam.

“Untuk pakej empat hari laluannya ialah Pelabuhan Klang-Pulau Pinang-Singapura-Pelabuhan Klang manakala trip tiga hari melibatkan Pelabuhan Klang-Singapura-Pelabuhan Klang…di Singapura, kapal akan berlabuh di Marina Bay Cruise Centre untuk beberapa jam dan ketika itu pelancong boleh turun untuk melawat sekitar Singapura sebelum menaiki kapal dan bertolak ke Klang.

Baca lain  Putus hubungan dengan Korea Utara tidak jejas ekonomi negara

“Kita juga ada menawarkan laluan istimewa pada waktu tertentu dengan trip terhad ke Phuket…kadar harga paling murah bagi pelayaran ini adalah di bawah RM700 seorang (bilik tanpa tingkap) dan harga tertinggi boleh mencecah RM10,000 seorang dengan kemudahan penginapan dan fasiliti eksklusif di penthouse,” katanya.

Nurul Nabihah berkata pelayaran bersama Genting Dream menerusi pakej mesra Muslim yang ditawarkan Qaliff Travel boleh disertai sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis cari tiga lelaki bakar anak kucing

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru,

BERITA TERBARU

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan