ARTIKEL

Geotrail bakal dibangun di Santubong, Padawan, Bau dan Bako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jejak Geo (Geotrail) akan dibangunkan di tapak Taman Delta Geo Sarawak (SDGp) di Santubong, Padawan, Bau dan Bako untuk menyokong pendidikan, pemuliharaan dan pembangunan komuniti.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, ini sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk mendaftarkan SDGp sebagai Taman Geo Global Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Ketika ini terdapat 67 Kawasan Terlindung Sepenuhnya, meliputi 47 Taman Negara, 15 Rizab Alam Semula Jadi dan lima Pusat Perlindungan Hidupan Liar.

“Daripada kesemua kawasan terlindung sepenuhnya tersebut, hanya 25 kawasan yang dibuka kepada pengunjung,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Ia adalah Taman Negara Bako, Kuching, Taman Negara Kubah, Kuching, Taman Negara Gunung Gading, Lundu, Taman Negara Batang Ai, Lubok Antu, Taman Negara Tanjung Datu, Lundu, Taman Negara Santubong, Kuching, Taman Negara Talang Satang, Kuching, Taman Negara Tanah Lembap, Kuching, Taman Negara Similajau, Bintulu dan Taman Negara Bukit Kana, Bintulu.

Selain itu, Taman Negara Niah, Miri, Taman Negara Bukit Lambir, Miri, Taman Negara Gunung Mulu, Miri, Taman Negara Terumbu Karang Miri, Miri, Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching, Pusat Hidupan Liar Semenggo, Kuching, Rizab Semula Jadi Gua Angin, Bau, Rizab Semula Jadi, Bau, Rizab Semula Jadi Sama Jaya, Kuching, Rizab Semula Jadi Bukit Sembiling, Limbang, Rizab Semula Jadi Bukit Hitam, Limbang, Rizab Semula Jadi Piasau, Miri dan Rizab Semula Jadi Bukit Lima, Sibu.

Abdul Karim berkata, Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi di Sarawak terus menjadi destinasi yang digemari bagi pelawat domestik dan luar negara.

Katanya, sehingga Oktober lalu sejumlah 426,925 pelawat telah mengunjungi 25 taman negara dan rizab semula jadi yang dibuka kepada pelawat dan dikunjungi seramai 319,931 pelawat domestik dan 106,994 pelawat asing.

“Ini menunjukkan peningkatan 34 peratus jumlah pelawat mengunjungi taman negara untuk suku ketiga 2023,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak sembilan taman negara dan rizab semula jadi telah dinaik taraf dengan perhubungan Wifi bagi meningkatkan pengalaman pelawat, iaitu Taman Negara Bako, Kubah, Gunung Gading, Tanjung Datu, Similajau, Niah, Bukit Lambir serta Pusat Hidupan Liar Matang dan Semenggoh.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua kiri) bersama Adun Telang Usan Datuk Dennis Ngau (kiri) dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat (tiga kiri) berbincang sesuatu selepas menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan. – Foto Mohd Alif Noni

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta