ARTIKEL

Gerak kerja projek ART berjalan lancar, diharap cepat beroperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Proses pentadbiran dan pengolahan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Transit Aliran Autonomi (ART) di bawah Sarawak Metro berjalan dengan lancar.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, ia hasil penelitian dalam latihan pembuktian konsep (POC) yang dilaksanakan bersama Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat Kota Samarahan, hari ini.

SEMANGAT…Para peserta yang menyertai latihan pembuktian konsep (POC) ART.

“POC bagi memastikan ART sebenar kelak memenuhi segala sudut aspek yang ditetapkan apabila beroperasi nanti kerana bukan mudah untuk melaksanakan sistem pengangkutan ini.

“Harapan kita supaya kemudahan ini dipercepatkan beroperasi Kita nampak semuanya berjalan lancar khususnya dari segi pengurusan, pentadbiran dan pengurusan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita terlibat dalam POC ART di laluan Kuching-Samarahan Expressway, di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 100 individu terdiri daripada Pejabat Residen Samarahan, Ketua Masyarakat, Sarawak Metro dan pusat khidmat Samarahan hadir bagi mengikuti program terbabit.

Acara terbabit turut menjadi detik bersejarah buat Ahli Parlimen Samarahan itu memandangkan ia merupakan kali pertama beliau mencuba sendiri proses pandu uji kemudahan awam terbabit.

Mengulas mengenainya, beliau mengakui teruja dan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana membantu merealisasikan impian warga Samarahan itu.

“Sebelum ini kita memohon kepada kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam di Kota Samaraha dan akhirnya telah diluluskan.

“Tapi kita tidak menjangka kelulusan ini membolehkan kita menjadi pertama menikmati kemudahan ART, sistem tenaga baharu yang menekankan konsep hijau,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU