ARTIKEL

Geran bernilai RM554,000 berjaya diserahkan Ahli Parlimen Limbang kepada penerima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah menyerahkan geran berjumlah RM 554,000 kepada 119 penerima, semalam.

Penerima geran tersebut terdiri daripada 51 buah JKK Kampung 38 buah gereja dan 30 buah dari pelbagai agensi dan pertubuhan.

Hasbi berkata, keseluruhan geran diberi merupakan hasil dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak iaitu dari parti GPS telah memperuntukkan sejumlah lima juta kepada ahli parlimen Sarawak untuk diagihkan kepada rakyat.

“Diharapkan dengan adanya geran diberikan akan dapat memudahkan JKK kampung serta organisasi-organisasi melaksanakan aktiviti,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Geran di Dewan Bunga Raya, di sini, semalam.

Bagi mereka yang masih belum menerima geran tersebut, penyerahan akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar program atau aktiviti dilaksanakan di peringkat kampung atau perumahan diisi dengan pengisian yang akan memberi impak positif kepada masyarakat.

Katanya, tugas ini terletak di tangan JKK kampung.

“Pihak JKK perlu lebih kreatif dalam melaksanakan sesuatu program.

“Lihat kepada keperluan di kawasan dan jika perlu dapatkan pandangan masyarakat setempat,” ujarnya.

Tambahnya, bagi memastikan agenda sesuatu program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya, apa yang penting ialah kerjasama dari pelbagai pihak diberikan.

Turut hadir Temenggong wille Liaw Merun, Wakil Jabatan Residen Limbang Chrellynna Rollan, Penghulu dan ketua-ketua kampung.

 

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira