ARTIKEL

Geran khas RM68.84 juta juga untuk pastikan kanak-kanak cukup zat makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak RM68.84 juta dibelanjakan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu 13,716 institusi awal kanak-kanak sejak 2019 menerusi Geran Tahunan Khas (GTK).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata Kerajaan Sarawak menyediakan GTK untuk institusi awal kanak-kanak yang berdaftar sejak 2019.

“Sejak itu, GTK tersebut membantu 13,716 institusi dengan jumlah peruntukan RM68.84 juta, yang mana boleh digunakan untuk menyediakan hidangan yang seimbang dan sihat untuk kanak-kanak.

“Justeru untuk mengatakan bahawa 84 peratus kanak-kanak Sarawak kekurangan zat makanan, mengejutkan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan balas terhadap artikel “Feed A Child Today. Your Donation Fights Hunger, Nourishes Dreams” oleh Bank Alliance, hari ini.

Katanya, bank berkenaan menyatakan 84 peratus kanak-kanak Sarawak kekurangan zat makanan (Laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia).

“Data itu menunjukkan bahawa lapan daripada sepuluh kanak-kanak Sarawak kekurangan zat makanan.

“Bagaimanapun statistik daripada Institut Kesihatan Awam 2016, 2023, menunjukkan bahawa hanya 19.4 peratus (2016) dan 15.6 peratus (2023) kanak-kanak di bawah lima tahun kekurangan berat badan,” ujarnya.

Baca lain  Dua kluster baharu di Saratok

Tegasnya, selain GTK, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid sekolah.

“Jika mereka boleh memberikan kita nama sekolah yang akan mereka sediakan makanan, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) boleh mengesahkan keadaan di lapangan, sama ada kanak-kanak sekolah rendah menerima RMT, iaitu program yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut tentang GTK Kerajaan Sarawak, Fatimah menyatakan geran itu bukan sahaja untuk menyediakan hidangan yang seimbang dan sihat, tetapi mewujudkan pengalaman pembelajaran seronok dan pendigitalan.

Selain itu, meningkatkan program penglibatan ibu bapa dan pembangunan profesional berterusan untuk pendidik dan penjaga.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,