ARTIKEL

Jerip (dua kiri) menyampaikan geran MRP kepada Ketua Kaum Kampung Mambong James Dio Kabar (tiga kiri) sambil disaksikan oleh Julius (kiri).

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, setiap geran yang diserahkan diperiksa oleh Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak yang dilakukan secara rawak dan dari semasa ke semasa.

Ini kerana jelasnya, setiap peruntukan yang diserahkan kepada kampung tidak disalah guna.

“Ini penting kerana kita mempunyai unit Ombudsman di Pejabat Premier, semua perbelanjaan di peringkat kampung disemak dan melihat peruntukan yang diagih oleh ahli Yang Berhormat dan bagaimana peruntukan itu digunakan.

Jerip (dua kiri) menyampaikan sijil Sijil Pengiktirafan Bumiputera Sarawak kepada penerima.

“Saya minta semua persatuan membuka akaun dan bagaimana peruntukan digunakan,” katanya berucap pada Penyerahan Sijil Pengiktirafan Bumiputera Sarawak dan Cek Unifor, Geran Khas Mambong sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Padawan, hari ini.

Turut hadir Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong.

Bagi penerima geran UNIFOR, Jerip yang juga Adun Mambong berkata, geran tersebut harus digunakan dalam tempoh enam bulan.

Katanya, pemohon yang didapati tidak menggunakan peruntukan itu dalam tempoh tersebut atau terdapat kelewatan, kemungkinan permohonan pada masa akan datang tidak dilayan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada 16 penerima sijil Pengiktirafan Bumiputera Sarawak.

Katanya, perkahwinan campur merupakan perkara unik di Sarawak dan ia dapat menyelesaikan banyak masalah berkaitan tanah.

Beliau berkata, permohonan mendapat status Bumiputera Sarawak boleh dipohon di pejabat daerah dan pemohon perlu membawa dokumen berkaitan untuk permohonan.

Setakat ini, Pejabat Daerah Kecil Padawan menerima 70 permohonan dan bakinya masih dalam proses semakan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Masayu dirasuk ketika berlakon

AKTRES Indonesia, Masayu Anastasia, 40, akui perlu bersikap profesional dalam menjayakan watak Handini menerusi fi lem Paku Tanah Jawa. Masayu melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon biarpun

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Seimbangkan HIDUP, KERJAYA

KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan berkaitan kepentingan mencapai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia merupakan isu hangat disebabkan peredaran masa yang banyak mengubah cara kita