ARTIKEL

BANTUAN... Gira (berdiri tengah) dan Aaron (berdiri, enam kanan) bersama para penerima cek MRP.

Geran MRP RM350,000 diagihkan kepada 31 penerima di Tamin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM350,000 telah diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang, kepada 31 penerima di kawasannya semalam.

Beliau berkata, para penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang, sekolah dan rumah ibadat.

Gira berharap peruntukan tersebut boleh digunakan secara berhemah untuk keperluan aktiviti JKKK rumah panjang, sekolah dan rumah ibadat.

“Ini menjadi bukti jelas Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) benar-benar komited meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negeri ini dari semasa ke semasa,” ujarnya semasa berucap sebelum menyampaikan geran MRP tersebut di rumah panjangnya, Rumah Simond Boom, Ulu Dijih, Selangau dekat sini.

GUNA DENGAN BERHEMAH… Gira (tengah) disaksikan oleh Aaron (dua kanan) menyerahkan cek bantuan kepada seorang penerima.

Menurutnya, semua penerima harus memanfaatkan sebaik-baiknya bantuan demi pembangunan komuniti setempat secara keseluruhannya.

Turut hadir menyaksikan bersama majlis tersebut ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

Aaron hadir bagi menziarahi Gira sempena upacara ‘ngetas ulit’ mendiang ibu Gira yang diadakan serentak dengan penyerahan cek MRP.

Baca lain  Geng Wan Kurus tumpas

Turut hadir, Penghulu Ngalai Asom, Penghulu Bansa Kunchau, Penghulu Christopher Chat, Penghulu Surang Takin, Penghulu Julia Awal serta tuai-tuai rumah dan penduduk di sekitar kawasan Selangau.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan