ARTIKEL

Gereja Sacred Heart menerima sumbangan bagi tujuan penaiktarafan kawasan gereja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Adun Kota Sentosa Wilfred Yap (tengah) menyampaikan cek kepada Paderi Felix Au (kanan) dan Setiausaha Politik di Pejabat Premier Tan Kai (empat kiri) bergambar bersama-sama ahli yang menghadiri majlis.

KUCHING: Gereja Sacred Heart menerima RM110,000 daripada Adun Kota Sentosa Wilfred Yap untuk menaik taraf tempat letak kereta gereja dan membaiki bumbung dewan kariahnya, di sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian cek cura (mock cheque), Yap memberitahu bahawa sumbangan itu adalah hasil daripada peruntukannya untuk kawasan DUN Kota Sentosa.

“Manakala, RM10,000 daripada jumlah tersebut adalah untuk jawatankuasa gereja menjalankan aktiviti Krismas dan sebagainya,” jelasnya.

Pada masa ini, gereja menerima RM10,000 daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian untuk aktivitinya.

Setiausaha Politik di Pejabat Premier Tan Kai telah mewakili Dr Sim pada majlis tersebut.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta