ARTIKEL

Gereja St Ann terima dana RM1 juta untuk bina bangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyumbang peruntukan sebanyak RM1,000,000 kepada Gereja St Ann untuk dana pembinaan bangunannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang berkata, sumbangan tersebut akan membantu gereja tersebut meneruskan misi serta matlamatnya.

Menurutnya, hasil sumbangan berkenaan akan dimanfaatkan oleh pihak gereja dalam usaha mencapai matlamatnya menyediakan ruang yang mesra dan inklusif untuk semua komunitinya.

“Sumbangan ini bukan sahaja akan membantu dalam pembinaan gereja tersebut, tetapi juga membantu memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan komunitinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada UNIFOR atas sokongan serta komitmen mereka dalam menggalakkan keharmonian dan persefahaman antara agama.

Katanya, kemurahan hati yang ditunjukkan oleh UNIFOR adalah bukti kuasa kerjasama dan impak positif yang boleh dicapai apabila saling bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

Justeru itu, beliau amat berterima kasih kepada UNIFOR atas sumbangan tersebut, serta berharap bagi meneruskan perkongsian dan kerjasama untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk semua.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU