Gerhana Cincin dapat dicerap di Kuching, Miri, Serian dan Sarikei hari ini

KUCHING: Fenomena alam Gerhana Matahari Cincin akan melewati beberapa lokasi di Malaysia.
Gerhana Matahari Cincin terjadi ketika posisi matahari, bulan dan bumi tepat segaris.

Ketika itu, piringan bulan yang teramati dari bumi lebih kecil dibandingkan piringan matahari.
Oleh kerana itu, saat puncak gerhana, matahari akan tampak seperti cincin, yakni gelap di bahagian tengahnya dan terang di bahagian pinggirnya.

Penduduk Sarawak akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin atau Anulus dapat dicerap di beberapa tempat di Sarawak hari ini iaitu Kuching, Miri, Serian dan Sarikei.

Menurut Persatuan Falak Syarie Malaysia, gerhana separa di Kuching bermula 11.48 pagi dan maksimum pada 13.47 petang, manakala di Miri gerhana separa bermula12.01 tengah hari dan gerhana maksimum 1.59 petang, dan di Sarikei 11.52 pagi gerhana separa dan maksimum 1.51 petang.

Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah pada 22 Ogos 1998, 21 tahun yang lalu.

Anda boleh pergi ke Planetarium Negara di Kuala Lumpur kerana di sana, akan ditayangkan livestream dari dua lokasi cerap iaitu Tanjung Piai dan Serian.

Di situ orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana berkenaan dari teleskop dan paparan skrin LED yang disediakan.

Pengiraan detik gerhana akan dibawa khas oleh Planaterium dari Serian secara live streaming mulai 1.46 petang.