ARTIKEL

Ghost Smoke hanya untuk bergaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ghost Smoke merupakan satu aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak, jelas Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr KelvinYii.

“Satu gejala yang diminati oleh kanak-kanak tetapi bagi saya Ghost Smoke iaitu gula-gula berasap tidak mendatangkan manfaat,” jelasnya di sini semalam.

Jelasnya, walaupun tahu itu merupakan gula-gula, tetapi mereka tidak tahu kandungan dalam Ghost Smoke berbahaya atau tidak.

“Kita tidak boleh mempromosikan budaya ke arah merokok,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika anak-anak mencuba Ghost Smoke, mereka mengandaikan diri sedang bergaya pada mata ibu bapa dan masyarakat.

“Selepas itu, mereka mencuba untuk merokok. Lama-kelamaan mereka mencuba sesuatu lebih buruk seperti dadah.

“Ibu bapa perlu bijak, kreatif dan mencari jalan penyelesaian baik bagi mendepani cabaran alaf baru,” kata Kelvin pada penutupan Forum Kitakan Keluarga di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak semalam.

Tambahnya lagi, untuk melahirkan negara sejahtera, ia bermula daripada institusi keluarga yang kukuh.

Menurutnya, institusi keluarga memainkan peranan penting melahirkan pewaris kepimpinan negara dan menjadi penyambung nilai budaya sesuatu bangsa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan