ARTIKEL

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, pengambilan ini dilakukan seusai siap kerja pengubahsuaian dan penaiktarafan bekas pejabat pertanian di sini.

“Sejumlah RM600,000 diperuntukkan untuk menaik taraf bekas pejabat pertanian yang sedang diubah suai bagi tujuan tersebut.

“Besar harapan untuk melihat pengambilan pertama 20 pelajar dari kawasan DUN Bukit Saban menjelang tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai proses pengubahsuaian dan penaiktarafan di pejabat daerah kecil Spaoh.

Taklimat itu dikendalikan oleh Pengarah MARA Negeri, Abdul Halim Sarojai, jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong, Jason Ng dan lain-lain.

Sementara itu, tambah Uggah, terdapat dua kursus ditawarkan pada awalnya melibatkan elektrik dan jahitan.

Susulan itu, pusat itu akan memberi peluang kepada belia yang menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran.

“Kami pada mulanya menawarkan dua kursus, dan kedua-dua kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk kajian elektrik.

Baca lain  Ujian integriti paip, beberapa kawasan Kuching alami gangguan bekalan air

“Ini penting kerana kita mahu belia berpeluang memperoleh kemahiran dalam kedua-dua bidang ini dan bidang-bidang lain yang akan diperkenalkan pada masa hadapan.

“Dengan lebih banyak aktiviti ekonomi pada masa akan datang, akan ada peluang pekerjaan dalam industri elektrik, perumahan dan pembangunan tanah untuk mereka,” katanya.

Abdul Halim (empat kiri) menyampaikan memento kepada Ugga (lima kiri) seusai mengadakan taklimat.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).