ARTIKEL

Gibran di mata Prabowo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei menunjukkan kekuatan bakal calon presiden relatif, sehingga Pilpres diramal berlangsung dua kali.

Tiga kumpulan calon maju pada pilpres 2024; Anies BaswedanMuhaimin Iskandar, Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dan Ganjar Pranowo-Mahfud.

Peraturan Pilpres menyebut pemilihan layak jika pasangan calon memperoleh suara lebih 50 peratus daripada jumlah suara bagi calon presiden dengan naib presiden 20 peratus di setiap provinsi yang tersebar di lebih setengah jumlah provinsi di Indonesia.

Dan jika tiada pasangan calon terpilih dengan suara terbanyak, pasangan calon memperoleh undi terbanyak pertama dan kedua diadu untuk diundi semula.

Pilpres dengan pemilihan secara langsung bermula sejak 2004 berbanding sebelum, presiden dipilih oleh anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).

Pada pilpres awal 2004, terdapat lima calon iaitu; Wiranto-Salahuddin Wahid, Megawati SoekarnoputriHasyim Muzadi, Amien rais-Siswono Yudhohusodo, Susilo Bambang Yuhoyono (SBY)-Jusuf Kala dan Hamzah Haz-Agum Gumelar.

Pilpres 2004 berlangsung dua putaran kerana perolehan suara tertinggi pasangan SBY-Jusuf Kalla, hanya mencapai 33.57 peratus. Selain kalah pada 2014 di tangan Jokowi-Jusuf Kalla, Prabowo terasa diperlakukan tidak adil.

Pada pilpres 2019, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno turut kalah di tangan Joko Wi-Ma’ruf Amin dengan mudah apabila JokowiMa’ruf terpilih memungut 55.5 peratus suara.

Ya Prabowo, 72, yang sama, yang pernah kecundang kali kedua sebagai calon presiden, dilantik Jokowi, 62, dengan senang hati menyertai kabinetnya.

Kali ini mengambil kira Prabowo beregu dengan anak sulung Jokowi iaitu Gibran, ramai dapat merasakan keinginan Jokowi melihat bekas rivalnya itu – mantan Leftenan Jenderal TNI – duduk di kerusi presiden meneruskan legasinya.

Seperti dikatakan tadi, pemerhati meramalkan perlawanan Pilpres kali ini turut sengit dan ketat.

Survei terbaharu menunjukkan tiada pasangan calon yang mendominasi dan unggul di atas 50 peratus.

Jika unggul pun, pasangan Prabowo-Gibran mendapat peratusan undi yang angkanya tidak jauh.

Terdapat pemerhati politik berpendapat, tiga faktor utama mempengaruhi peluang regu Gibran menjadi pemenang pilpres iaitu faktor penentangan masyarakat berkaitan konteks keistimewaan Gibran sebagai anak presiden.

Faktor kedua, hasil tinjauan menunjukkan kebolehpilihan Prabowo menurun selepas memutuskan sedia berpasangan dengan Gibran.

Faktor ketiga berkaitan dasar kerajaan berhubung bantuan sosial yang dikaitkan dengan ketidakyakinan kerajaan memenangi satu pusingan sehingga menyediakan bantuan sosial untuk dua pusingan. Semasa perlawanan Jokowi menentang Prabowo pada 2014, sosok Prabowo pernah dipersepsikan dengan sisi lainnya, meski kedua-dua Jokowi mahupun Prabowo lahir daripada PDI-P dan Parti Gerindra lewat kerjasama Megawati-Prabowo.

Kempen Pilpres 2019 kembali mempertemukan Jokowi-Prabowo menghadirkan polarisasi di media sosial, selain pada akar umbi pengundi.

Namun, persaingan JokowiPrabowo tidak menghadirkan sentimen peribadi kerana keduaduanya memiliki visi sama membangun Indonesia yang cemerlang.

Bagusnya Prabowo, meski tewas, beliau menghadiri pelantikan Jokowi-Maruf pada Oktober 2019, sehingga dua hari kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam Kabinet Indonesia Maju.

Jokowi ternyata rasional dan sangat mementingkan kesejahteraan Indonesia.

Hari ini, kesediaan Gibran anak Jokowi menyertai Prabowo membawa angin politik baharu Indonesia selanjutnya.

Hasil survei Lembaga Indikator Politik Indonesia pada Oktober lepas menyebut, kelayakan pasangan Prabowo-Gibran 37 peratus, GanjarMahfud 34,8 peratus dan AniesMuhaimin 22.3 peratus.

Anda pasti tahu jika pemilihan pusingan kedua berlangsung, penentu kemenangan PrabowoGibran ialah ke mana alih anginnya penyokong Anis-Muhaimin.

Adakah condong ke arah Prabowo-Gibran atau hala ke Ganjar-Mahfud?

Tidak semua undi tertuang kepada satu pihak, melainkan berpecah-pecah dan ini termasuklah kumpulan berkecuali lain yang sebesar lebih 5 peratus.

Simulasi pemerhati politik lain menyebut; pemilih Anies-Muhaimin akan lebih mungkin memilih Prabowo-Gibran daripada memilih Ganjar-Mahfud di pusingan kedua Pilpres 2024.

Manakala, pemilih GanjarMahfud akan lebih mungkin memilih Prabowo-Gibran daripada memilih Anies-Muhaimin.

Yang pasti beruntung ialah Prabowo-Gibran dan simulasi ini membenarkan kenyataan bahawa Prabowo akan mengusung masa depan Indonesia seterusnya.

Menariknya, pemerhati menilai, pemilihan Gibran sebagai pembantu Prabowo, tidak hanya dihitung berdasarkan pertimbangan kualitatif dikaitkan dengan alasan psikologi dan perilaku pemilih, namun juga mempertimbangkan variabel kuantitatif dengan peningkatan suara Prabowo melalui pemilih setia Jokowi pada dua pilpres terakhir iaitu Pilpres 2014 dan Pilpres 2019 yang membawa kepada pemilihan Prabowo-Gibran pada Pilpres 2024.

Survei terbaharu Lembaga Survei Populi Center menunjukkan pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming unggul dalam pemilihan berbanding pasangan lain.

Survei berakhir 5 November lepas mendapati pemilih menyokong Prabowo-Gibran naik setinggi 43.1 peratus.

Dan masih ada beberapa bulan membenarkan pilpres mampu sahaja berlangsung hanya satu pusingan – tapi masih memerlukan faktor luar biasa.

Kini, ibu Gibran memberi sokongan kuat bagi kemaraan Gibran maju sebagai calon naib presiden sebareng Prabowo.

Gibran tidak akan berani melangkah sejauh itu, sanggup menyertai parti beliau dikaderkan, di luar PDI-P sendiri dan untuk dikader oleh juak Gerindra parti Prabowo.

Apa-apa pun desas-desus tentang kelemahan Gibran diperbesar di media sosial, golongan milenial (usia seangkatan Gibran) dan gen-z (usia 17 tahun layak mengundi) tetap membuka mata dan fikiran kepada beliau.

Lagi pula Gibran bukan calon presiden, hanya orang nombor dua yang perlu dilatih oleh Prabowo untuk membawa Indonesia ke depan selanjutnya.

Kini, Prabowo mengakui dirinya sudah tidak lagi pemarah atau galak seperti dulu setelah dua kali kalah – Pilpres 2014 dan 2019 – yang dianggapnya sebagai pelajaran yang bagus daripada Tuhan buat dirinya.

“Ada yang mengatakan Pak Prabowo sudah berubah ya, sekarang sudah banyak bercandanya, sudah ngak galak lagi kayak dulu.

Ya namanya sudah dua kali kalah ya…” katanya. Prabowo pernah menuturkan jika terlalu sering menang boleh membuat seseorang sombong atau “kemlinthi”. Melalui Gibran, mungkinkah Prabowo mampu merealisasikan hasratnya kali ini.

LAIN-LAIN BERITA

Tidak ada duit ketika jadi ahli parlimen

MENJADI ahli parlimen pada usia 26 tahun, adalah sesuatu yang mengejutkan bagi dirinya. Sejak di universiti memang beliau memasang impian untuk memasuki politik, namun beliau

Cara indah hargai orang

KETIKA lepak santai-santai sambil minum teh panas di sebuah kedai makan, perbualan kami lepasan sekolah menengah di Kuching rancak tentang kejadian banjir kilat melanda Kuching,

Sarawak dahului inisiatif tenaga hijau

DALAM usaha untuk mengejar kelestarian alam dan kemajuan ekonomi, inisiatif tenaga hijau telah menjadi fokus utama bagi banyak negara. Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk

Impak medsos dalam Pilpres 2024

PASANGAN Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka terus unggul dalam kiraan sebenar (real count) bagi keputusan Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU). Menurut media

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

BERITA TERBARU