Muhammad Lutfi

MUHAMMAD LUTFI menggemari kegiatan sastera. Beliau lulusan sarjana sastera dan turut bergiat dengan Rumput Sastera. Atara buku yang dihasilkan ialah TAKA, Berlayar, Senja, Bisma Pahlawan Hidup Kembali.
DUA tahun lalu anak seorang manusia yang juga jenis kelaminnya lelaki, kini baru wisuda di salah satu perguruan tinggi.
Orang juga sibuk membicarakan dirinya yang baru saja lulus wisuda dan kembali lagi ke desa.
Setelah lima tahun kuliah, beberapa buku dibawanya pulang ke rumah.
Beberapa buku itu juga nampak usang dan sudah lama. Biasanya dia kata temannya suka membaca buku.
Entah beberapa buku dan buku apaapa saja yang sudah dibacanya. Jelasnya memang dia baru saja wisuda.
Saat itu memakai toga wisuda hitam dan berkalungkan medal yang berlambangkan almamaternya, dia mengajak foto beberapa keluarganya, terutama ayah dan ibunya.
Dia gagah-gagahkan dirinya yang berdiri di tengah-tengah itu. Kerana alasan sesuatu dia sunggingkan bibir. Sedikit senyum dan wajahnya nampak serius-serius amat.
Dengan begitu sudah sah dia jadi wisuda juga.
Walaupun ketika diajak bicara dia memikirkan dahulu apa-apa yang akan dibicarakan.
Bahkan juga obrolannya jauh-jauh tentang hal yang keluar dari topik pembicaraan.
Orang yang diajak ngomong juga jadi bingung jadinya mahu ngobrol apa.
Setelah sesi pemotretan yang dilakukan sendiri, kemudian dia membuka toganya dan senyum-senyum sendirian setelah keluar dari pintu rumah dan mengeluarkan rokoknya.
Dia merokok sambil memikir jauh kebayang nanti akan jadi apa.
BERITA BAIK TIBA
Ketika sedang ngobrol itu, dia nampak sedikit melirik ke teras, kerana ketika itu datang sebuah motosikal membawa khabar baik, selamat telah diwisuda juga.
Temannya itu datang kerana dia undang.
Teman yang baik itu membawa beberapa roti lapis sebagai meraikan wisudanya.
Mereka menikmati momen berdua itu di kerusi rumah.
Dengan datangnya seorang manusia, bererti dia juga akan ngobrol tentang sesuatu. “
Wah, katanya Indonesia ini sedang naik krisis moneter?” ucap lelaki itu kepada temannya yang baru datang dan menepuk bahunya.
“Kenapa tiba-tiba kita ngomong Indonesia?” temannya hairan tiba-tiba disuguhi pertanyaan macam itu.
“Begini, sebagai orang, kita itu harus ikut mengurus negara juga.” “Tidak, prosesnya tidak macam itu.
Kita itu hanya perlu tahu saja.” “Ah, kamu salah.
Harus mengurusi juga.”
Mereka terlibat perdebatan kecil berbicara tentang Indonesia.
Katanya lelaki itu, sambil jarinya memelintir rokok dan menetakkan abunya ke asbak.
Temannya itu dalam hati juga sebenarnya hairan.
Dia hanya ke sini untuk ikut merayakan momen wisudanya, kenapa justeru diajak bicara tentang Indonesia.
Temannya sambil memegang dada juga istighfar dalam hatinya.
“Gini, Indonesia itu sebenarnya seperti kata Pramoedya, mesti dimerdekakan manusianya,” katanya sambil mengangkat satu kaki.
“Kejauhan, terlalu jauh pembicaraan kita.
Jangan mengomongkan tentang Indonesia lagi.
Kita harus bicara ala kadarnya saja.” “Kamu ini jauh-jauh kuajak bicara justeru tidak nyambung.”
“Kamu bicaranya tentang Indonesia, tentang bangsa, artis, aku jadi malah bingung sendiri.”
“Ruwet, itu namanya kamu ruwet. Kerana tidak mau mengerti tentang Indonesia.”
Temannya ini jadi kebingungan dibuat bicara tidak tentu.
Ada hal yang perlu mereka bicarakan tentang hal lain yang lebih perlu.
Tetapi lelaki itu nyambung pembicaraannya tentang kemerdekaan, sama keaktoran.
Orang yang diajak bicara justeru tidak faham maksudnya apa.
GULA MERAH
Dia menyuguhkan juga rokoknya buat dirokok bersama.
Sudah jadi kebiasaan kalau ada tamu disuguhi rokok biar merokok bersama-sama.
Kemudian dia menawarkan kopi terhadap tamunya itu. Tamunya itu mengangguk kepala. Itu tandanya temannya mahu. Dia lantas ke dapur dan membuat kopi.
Dia menuangkan serbuk kopi ke dalam dua gelas, tanpa gula.
Menurut dia, pabrik tebu itu sudah dikuasai modal asing.
Sehingga dia tidak harus mengkonsumsi tebu, tetapi gula merah saja.
Kerana gula merah itu diproduksi oleh petani aren di daerah gunung kidulan, makanya, menurut dia gula merah itu produk terbaik di Indonesia.
Dia memasukkan gula merah juga di dalam gelas.
Dimasukkan air hangat yang sudah mendidih dan mengaduk kopi.
Biasanya orang kalau membuat kopi guna gula pasir dan sakarin cair.
Lelaki itu memilih yang berbeza, memakai gula merah.
Menurut dia hal seperti itu genius.
Kopi itu dia bawa keluar dan dia bawakan kepada temannya.
Menghirup segarnya aroma kopi hangat itu, tamunya senyum sambil menoleh kepala pada gelas kopi.
Itu tandanya dia mahu minum. Lelaki itu mengizinkan temannya minum terlebih dahulu.
Tamu itu menenggak minuman kopi.
Dia menenggaknya sedikit, menyeruput kopi, mencuba menikmati rasanya.
Dia pelintir-pelintir lidahnya, dia rasakan ada yang berbeza.
Rasanya seperti gula merah.
Ada yang menyangkut juga di gigi, seperti coklat, tapi manis pahit dan keras. Dia pun meludahkannya ke tangannya. “Wah, ini apa?” kata tamunya. “Itu gula merah, masa kamu tidak tahu.”
“Kenapa ada gula merah dalam kopi.
Setahuku tidak ada kopi gula merah.”
“Ini inovasi, kamu tidak tahu kalau ini kopi bagus untuk kesihatan.”
Temannya itu lamalama jengah dan bingung menghadapi si lelaki itu.
Hal yang lelaki itu fikirkan rasanya asing daripada pola kebiasaan manusia secara umumnya.
Hal yang dia lakukan barusan juga itu termasuk hal aneh menurut kemanusiaan secara umum, tetapi lelaki itu menganggap hal itu sederhana saja.
Kerana tidak tahan dengan hal tersebut, dia akhirnya pamit saja untuk segera pulang. Lelaki itu terasa pembicaraan mereka belum selesai, sehingga harus dilanjutkan kembali.
Tetapi tamunya itu mencari alasan bahawa dia harus menjenguk neneknya, kerana itu dia harus segera pulang.
Lelaki itu tentu tidak dapat menahan perkara yang harus dia inginkan dari tamunya.
Dia rela mengizinkan tamunya pulang. Dalam hati lelaki itu terasa, pasti ada hal yang aneh yang tamunya itu fikirkan.
***
Setahun setelah itu, dia masih di rumah.
Setiap hari hanya duduk di kerusi, makan, duduk lagi,merokok, duduk lagi, minum, duduk lagi tidur.
Itu kebiasaan dia selama setahun. Hanya memikirkan Indonesia dan memikirkan mahu bekerja apa.
Dia tidak berani keluar rumah. Kerana orang membicarakan kehadiran dirinya di desa, dia terasa orang semakin benci kepadanya.
Dia hanya mampu duduk saja.
Hingga suatu hari, ayahnya menyuruhnya mendaftar kerja di sebuah sekolah dan dia harus berangkat hari itu juga.
Sebagai anak yang baik, tentu dia harus menuruti nasihat orang tua.
Dia berangkat ke alamat sekolah yang dimaksudkan.
Dia menyetorkan surat lamaran kerja dan berharap supaya ada jalan.
Dalam hatinya hanya ada harapan dan harapan. Beberapa minggu setelah itu, telefon berdering.
Dia diinformasikan diterima kerja. Lelaki itu boleh masuk mulai bekerja pada Isnin.
Lelaki itu terasa riang, dia bersiap masuk kerja pada hari yang ditentukan.
BERTUGAS SEBAGAI GURU
Dia memakai seragam dan sepatu pantovel hitam.
Dia berangkat ke sekolah dan bertugas sebagai guru.
Lelaki itu kemudian diharuskan mengajar beberapa kelas. Dia belum punya pengalaman mengajar, jadi lelaki itu juga terasa bingung.
Akan tetapi, seorang pegawai di situ mendekati dia dan memberitahu kepadanya bahawa menjadi guru itu harus punya semangat dan berani bicara. Itu saja nasihatnya.
Nasihat itu mengena di hati lelaki yang baru diterima kerja itu.
Lelaki itu memasuki salah satu ruang kelas dengan perasaan berdebar, dia takut dan gerogi, harus berbuat apa, harus bicara apa.
Dia terasa pesimis, tetapi ini sudah tuntutan.
Dia pun memberanikan dirinya dan mula membuka dengan salam.
Anak-anak di kelas itu sebahagiannya menjawab, dan sebahagian lagi diam saja membisu.
Ada yang memilih bermain telefon genggam dan mengobrol sama teman-temannya.
Lelaki itu sejurus memberikan mereka cerita tentang dongeng dan misteri.
Kerana dia juga tidak tahu harus berbuat apa.
Anak-anak nampak antusias mendengarkan, sebahagiannya bermain telefon genggam dan mengobrol dengan temannya.
Lelaki itu tidak berani menegur mereka yang sedang main telefon genggam.
Justeru dia yang dibuat kecut sama lirikan tajam anakanak di kelas itu.
Setelah dia selesai mengajar, lega rasanya di dada.
Seperti sudah menuaikan kewajipan kerja yang dia telah lakukan.
Ternyata hanya seperti itu, menyapa, mendongengkan, menurut dia.
Pegawai yang menasihatinya tadi kemudian mendekatinya lagi dan mengajaknya mengopi.
Di kantin, sambil ngopi mereka mengobrol tentang hasil pembelajaran tadi.
“Bagaimana, Pak Gigik? Mudahkan?” tanya teman kerjanya.
“Mudah, tapi sebetulnya juga sulit, saya belum terbiasa.”
“Nanti, kalau lama-lama juga terbiasa.” “Semoga saja.”
“Bagaimana khabar Indonesia, katanya dia sedang masa krisis moneter kerana harga sembako naik?”
“Wah, kata-katanya iya. Tapi kita juga perlu sedar dengan keadaan.”
Di tengah pembicaraan mereka itu, seorang wanita memberikan kopi dan menghantar kopi untuk mereka berdua.
Wanita muda itu kemudian melirik terhadap lelaki yang baru diterima kerja itu.
Dia sunggingkan senyum. Lelaki baru itu membalasnya dan baginya, itu perasaan yang dalam.
Dia perhatikan langkah wanita itu yang gemulai.
Setelah sebulan berlalu, dia masih bekerja di situ.
Tetapi ada yang berbeza.
Dia pakai pena di kantong saku bajunya, pakai peci dan membeli kaca mata.
Katanya dia biar jadi makin keren kerana berdiri di depan orang. Pekerjaan juga punya selera kalau menurut dia.
Tettt, bel berbunyi nyaring, anak-anak semua pulang, kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.
Pembelajaran harus diselesaikan.
Telefon genggam lelaki baru kerja itu berdering setelah mendengar loceng pulang sekolah.
Dia mendapat informasi harus ke pejabat.
Dia cepatkan langkah kaki ke pejabat dan mendapatkan surat pengeluaran kerja.
Dia berasa putus asa. Dia sudah tidak bekerja lagi. Dia menyesal membeli kaca mata, juga polpen di saku.
Di luar anak-anak berbaris, sambil berkata, “Hore, hore!”