ARTIKEL

Giliran Mohana tinggalkan SU FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tamparan hebat buat pengurusan Sarawak United FC (SU FC) dalam meneruskan saingan Liga M3.

Ia berikutan keputusan dibuat jurulatih penjaga gol, Mohana Sundram A/L Packiri Samy meletak jawatan berkuat kuasa minggu lepas.

“Saya telah meletak jawatan sebagai jurulatih penjaga gol pasukan SU FC.

“Surat berhubung perkara itu telah dihantar kepada pihak pengurusan pada 8 Mei lalu,” ujar Mohana atau lebih dikenali sebagai Mohan.

Menurutnya, keputusan untuk berundur daripada skuad terbabit atas kerelaan dirinya dan bukan desakan mana-mana pihak.

Justeru, beliau ingin merakam ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan SU FC kerana telah memberi peluang kepada dirinya untuk bersama dengan pasukan terbabit.

“Saya mula bersama dengan SU FC bermula dari tahun 2021 hingga sekarang, dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan atas kepercayaan diberikan selama tempoh tersebut,” jelas beliau lagi.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU