ARTIKEL

Barisan atlet gimnastik Sarawak bersama jurulatih.

Gimnastik Sarawak cemerlang di pentas Sirkit Remaja 1/2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen gimnastik Sarawak merangkul lapan pingat emas, sembilan perak dan tiga pingat gangsa pada Kejohanan Sirkit Remaja Lelaki dan Wanita Bil. 1/2024 yang telah berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kejohanan yang berakhir pada Sabtu (27 April) menyaksikan wakil Bumi Kenyalang dibarisi empat atlet lelaki dan dua wanita berjaya mempamerkan aksi hebat sekali gus menghasilkan pencapaian cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Negeri Sarawak, Johnny Tan yang mengesahkan perkara itu turut mengaku kesemua atlet terbabit berada dalam senarai utama wakil Sarawak bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Keputusan akhir menyaksikan lima atlet lelaki kita iaitu Joachim merangkul tiga emas dan dua perak, diikuti Hanis yang merangkul tiga emas dan dua perak, dan Nazree satu emas dan perak.

“Bagi kategori wanita, Qisya memperoleh satu emas, satu perak dan dua gangsa manakala Putri merangkul satu perak dan satu gangsa,” katanya.

Penampilan enam atlet gimnastik di kejohanan itu sebagai pendedahan awal bagi mereka untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di samping menjadi landasan buat jurulatih menilai kemampuan atlet terbabit yang berada dalam senarai panjang.

Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Sembilan bahagian akan menjadi venue sepanjang kejohanan dwitahunan itu.

Antaranya, Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri