ARTIKEL

This photograph taken at the French cosmetic company 'L'Oreal' on November 17, 2022, shows a lipstick at the production centre in L'Oreal factory in Ormes, central France. (Photo by GUILLAUME SOUVANT / AFP)

Gincu tertua ditemukan di Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIROFT: Ahli arkeologi menemukan bekas kecil klorit yang mengandungi penyediaan kosmetik merah tua dipercayai gincu purba, di wilayah Jiroft di tenggara Iran.

Penemuan yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik itu menunjukkan bahawa komponen mineral daripada bahan berwarna kemerahan, termasuk hematit menjadi gelap disebabkan oleh manganit dan braunit, selain kesan kemerah-merahan dan anglesit.

Kesemua bahan itu bercampur dengan lilin tumbuh-tumbuhan dan bahan organik lain serta hampir sama dengan resipi gincu kontemporari, lapor Agensi Berita Iran IRNA.

Penemuan bertarikh 4,000 tahun itu, menonjolkan pengetahuan canggih orang Iran purba dalam pemprosesan kimia.

Seorang profesor di Universiti Tehran dan ahli arkeologi yang menyumbang kepada penemuan itu, Dr Nasir Eskandari memberitahu IRNA, kajian itu bertujuan untuk mendedahkan peranan perintis orang Iran purba dalam bidang sains kimia.

Beliau berkata, bahan yang ditemukan itu menunjukkan bahawa orang Iran adalah pencipta pertama gincu. – Bernama

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.