ARTIKEL

Fathi (tengah) bercakap pada sidang media.

AGM KOPERKASA Sarawak diadakan bulan hadapan, pilih perwakilan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Koperasi KOPERKASA Sarawak Bhd (KOPERKASA Sarawak) akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan di Zon Selatan, Tengah dan Utara pada bulan hadapan untuk membentangkan kewangan koperasi tersebut selain memilih perwakilan baharu bagi sesi 2024-2026.

Pengerusinya, Fathi Hamdali, berkata mesyuarat agung pertama bagi Kawasan Tiga akan diadakan di sebuah hotel di Miri pada 4 Mei depan yang membabitkan perwakilan dari Miri, Bintulu dan Limbang.

Seterusnya, katanya, mesyuarat agung kedua akan diadakan di kawasan Kuching pada 11 Mei di Pusat Konvensyen Penview Demak yang membabitkan perwakilan dari Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman dan kemudiannya berakhir di Zon Tengah pada 25 Mei membabitkan perwakilan dari Sibu, Kapit, Mukah, Sarikei dan Betong.

“Agenda mesyuarat ini akan membentangkan kewangan dan juga usul-usul yang dibawa oleh perwakilan.

“Selepas mesyuarat tiga kawasan tersebut, ada pemilihan untuk memilih perwakilan bagi sesi 2024-2026. Pemenang akan dikumpulkan di Kuching yang mana akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan selepas 25 Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KOPERKASA Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha KOPERKASA Sarawak, Othman Bujang, Bendahari KOPERKASA Sarawak, Mohamad Adzman Abdullah, serta anggota Lembaga KOPERKASA lain.

Fathi turut memberitahu, pada mesyuarat berkenaan akan turut diumumkan dividen yang bakal diterima oleh ahli.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara lanjut mengenai kadar dividen yang bakal diterima.

“Kita tidak boleh umum sekarang tetapi boleh bagi petunjuk sahaja. Kita telah diaudit sebab itu kita tidak boleh umum. Sebaik sahaja mesyuarat agung sudah lepas, kita bayar,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU