ARTIKEL

GM kurangkan pekerja kontrak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

CHICAGO: General Motors Co (GM) mengurangkan pekerja kontrak sebagai sebahagian program penjimatan kos sebanyak US$2 bilion, lapor Xinhua memetik The Detroit News pada Isnin.

Kebanyakan pekerja kontrak bekerja di Pusat Teknikal Global GM di Warren dan beberapa lokasi lain.

Untuk mengurangkan kos sebanyak US$2 bilion menjelang akhir tahun depan, GM telah menawarkan pakej pemberhentian kepada pekerja.

Pada awal April, seramai 5,000 pekerja menerima tawaran itu, lapor media tempatan memetik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) GM, Paul Jacobson. 

Dengan penawaran pakej itu, pembuat kereta yang berpangkalan di Detroit itu menjangkakan mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran US$2 bilion tahun ini.

Selain pakej pemberhentian, GM sedang mencari kaedah untuk mengurangkan perbelanjaan, antaranya dengan memberikan tumpuan kepada bidang yang menawarkan pulangan hasil dan margin keuntungan yang tinggi. — BERNAMA

BERITA LAIN

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,