ARTIKEL

Go Shop henti operasi 11 Oktober ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Go Shop, Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS), bakal menghentikan sepenuhnya operasi pada 11 Oktober ini.

Keputusan strategik itu dilakukan selepas melihat kepada landskap ekonomi yang mencabar dan perubahan tingkah laku beli-belah pengguna, menurut satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, ia merupakan sebahagian daripada strategik penjajaran semula yang sedang dijalankan dan penjimatan kos.oleh Astro,

“Penurunan dalam perniagaan beli-belah dari rumah ketara sejak pandemik dan penutupannya akan memastikan sumber difokus terhadap perniagaan-perniagaan yang mampu menyumbang perbezaan terbesar kepada keseluruhan operasi.

Go Shop merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan mereka sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Go Shop atas semangat dan dedikasi mereka selama bertahun-tahun,” menurut kenyataan itu lagi.

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

BERITA TERBARU