ARTIKEL

Sivanandan Chinnadurai (tengah) | BERNAMA

Golf Malaysia kanak-kanak A.S pentas rebut tiket ke Kejohanan Remaja Dunia 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SHAH ALAM: Kejohanan Golf Malaysia Kanak-Kanak Amerika Syarikat 2024 yang dianjurkan pada 5 hingga 7 Mac di sini bakal menjadi pentas buat pemain muda negara merebut tiket ke Kejohanan Remaja Dunia pada Julai depan. 

Pengarah Eksekutif Sports Excel C.Sivanandan berkata kejohanan yang dianjurkan Sports Excel dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu merupakan platform mencungkil bakat pemain muda negara selain memberi peluang kepada mereka untuk melayakkan diri ke pentas antarabangsa. 

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Kelab Golf & Country Glenmarie di sini.

“Kejohanan ini untuk pembangunan akar umbi bagi sukan golf di Malaysia, sekiranya pemain dapat mata-mata tertentu mereka berpeluang untuk layak ke Kejohanan Remaja Dunia yang dianjurkan di Pinehurst, North Carolina, Amerika Syarikat pada Julai. 

“Langkah bagus untuk menggalakkan pemain muda negara keluar negara, bertanding di luar negara tunjuk kebolehan seterusnya mendapatkan biasiswa sukan daripada Amerika Syarikat, sekiranya mereka keluar, mereka boleh mohon biasiswa untuk karier sukan dan akademik mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Golf Malaysia Kanak-Kanak A.S di si hini semalam.

Sivanandan berkata, Kejohanan Golf Malaysia Kanak-kanak A.S merupakan pusingan akhir bagi Jelajah Tempatan U.S Kids Golf Malaysia 2023 bermula 31 Okt hingga 2 Dis tahun lalu. 

Beliau berkata seramai 106 peserta berusia lima hingga 18 tahun daripada 16 buah negara layak ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu dengan 37 daripadanya pemain Malaysia. — BERNAMA

BERITA LAIN

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap