Golongan asnaf disantuni

MUKAH: Sumbangan kepada asnaf yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diagihkan di sekitar kawasan di sini semalam.

Sumbangan daripada Jawatankuasa Masjid Setia Raja Mukah itu diberikan kepada penduduk di Kampung Sungai Alo dan Skim Penempatan Semula.

Rombongan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Setia Raja Mukah, Ismail Mawi bersamasama Razmah Mohamad, wakil penduduk di Skim Penempatan Semula, Mukah dan Ketua Kaum Kampung Sungai Alo, Mukah, Ali Hamid.

Menurut Ismail, program penghantaran sumbangan itu bagi golongan asnaf yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Kita membantu mereka yang terjejas, kerana ramai yang bergaji harian dan mempunyai tanggungan yang ramai,” kata Ismail. “Kita akan bantu apa yang termampu, demi kebaikan bersamasama,” jelasnya.

Suara Sarawak