Trending

Golongan memerlukan terus disantuni di Simunjan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMUNJAN: Seramai 45 orang telah menerima bubur lambuk, bubur pedas dan beras menerusi Program Lan Sedekah Bubur Lambuk dan Program Nuzul Al-Quran Bersama Pemimpin di Masjid Darul Hijrah Simunjan, semalam.

Disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, beliau menyifatkan penganjuran program tersebut pada dasarnya berperanan mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan tahun ini.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hijrah Fasa II yang telah berjaya menganjurkan program tersebut.

“Kita percaya dengan program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim sain memupuk semangat kerjasama antara penduduk kampung dengan agensi kerajaan,” ujar beliau ketika berucap di majlis berkenaan.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan KEMAS Daerah Simunjan dan Masjid Darul Hijrah Simunjan.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee yang turut menyampaikan sumbangan beras dan bubur lambuk kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu,  ceramah agama bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran yang turut disampaikan oleh Ustaz Mohd. Syarifuddin Abdul Kadir dari Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru