ARTIKEL

Golongan muda perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan muda khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu melengkapkan diri dengan ilmu serta pengetahuan yang selari dengan kehendak semasa untuk membangunkan Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr. Jerip Susil berkata, perkara tersebut penting kerana golongan muda merupakan aset untuk membentuk hala tuju negara.

Katanya, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyediakan pelbagai inisiatif khususnya di dalam hal pendidikan bagi memastikan rakyat mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi.

“Mmelalui Yayasan Sarawak juga , kerajaan telah menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi kemahirannya di Sarawak termasuk Universiti Teknologi Swinburne (Swinburne); Universiti Teknologi Sarawak (UTS); Universiti Curtin; i-CATS University College; Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs).

“Penubuhan institusi berkenaan juga merupakan salah satu usaha agar anak-anak Sarawak berupaya untuk melanjutkan pelajaran masing-masing, sama ada akademik mahupun kemahiran,” katanya ketika berucap sempena Pelancaran Ekspo Pendidikan Daerah Siburan di Dewan Siburan, di sini, hari ini.

Sementara, beliau juga turut menyempurnakan penyampaian anugerah pelajar cemerlang SPM 2022 kepada 13 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangasaan (SMK) Padawan; SMK Siburan; dan SMK Tun Abdul Razak yang masing-masing menerima sijil pelajar cemerlang serta sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM500.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Serian Ensnat Suari; Pegawai Kesihatan, Klinik Kesihatan Siburan Dr. Nur Syaheeda Narudin; Pegawai Seranta dari Yayasan Sarawak Nur Akmarina Mohamad Ali; serta wakil yang lain.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

CEMERLANG… Jerip merakam gambar kenangan bersama-sama pelajar cemerlang dan tetamu kehormat yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC