ARTIKEL

Pengarah Eksekutif Wanita PBB, Sima Bahous

Golongan wanita di Gaza perlukan gencatan senjata segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISTANBUL, Turkiye: Pengarah Eksekutif Wanita Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Sima Bahous, semalam membangkitkan kesukaran yang dialami golongan wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak bagi gencatan senjata segera di wilayah yang dikepung rejim Zionis itu.

Menerusi hantaran di X, Bahous berkata wanita di Gaza terpaksa melahirkan bayi mereka tanpa kemudahan air, makanan, khemah atau tandas.

Mereka juga hidup dalam keadaan yang sukar untuk digambarkan.

“Apa yang wanita di Gaza perlukan sekarang ialah gencatan senjata dan bantuan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh agensi Anadolu.

Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lepas mengakibatkan lebih 9,000 wanita di Gaza terbunuh manakala lebih 23,000 wanita cedera.

Nasib lebih 2,000 wanita yang hilang di Gaza pula masih belum diketahui.

Selain itu, sistem penjagaan kesihatan di Gaza yang lumpuh akibat serangan Israel mengakibatkan sekurang-kurangnya 60,000 wanita hamil tidak dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mengancam nyawa wanita Palestin dan bayi mereka. 

Lebih 32,200 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel manakala lebih 74,500 lagi cedera selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU