ARTIKEL

Nancy ditemu bual media selepas menyempurnakan menyempurnakan penutupan Program “Juh Rasa-Rasa Akuakultur” Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan Pertandingan Raja Tengiri Edisi ketiga (2024).

Golongan wanita perlu rebut peluang dalam bidang akuakultur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan wanita digalakkan untuk merebut peluang dalam bidang akuakultur, sekali gus menyumbang kepada pendapatan mereka serta keterjaminan makanan negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, golongan wanita sentiasa diberikan peluang dalam bidang tersebut sekiranya mereka berminat.

“Sebenarnya banyak yang kita usahakan, bukan kementerian kami sahaja tapi semua kementerian pertanian, keusahawanan cuba untuk membantu golongan wanita. Terdapat juga i-Suri untuk bantu.

“Dan dari segi perniagaan, kita menggalakkan wanita, malah di kementerian kami yang menjadi penerima kepada kebajikan juga cuba bantu melalui program ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media selepas menyempurnakan penutupan Program “Juh Rasa-Rasa Akuakultur” Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan Pertandingan Raja Tengiri Edisi ketiga (2024) di Dewan Sejinjang Pejabat Perikanan Wilayah 1, Santubong di sini hari ini.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, tokoh wanita juga memohon Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Wanita 8 Mac lalu mengumumkan inisiatif sebanyak RM5 juta bagi memperkasa kepimpinan wanita.

Kata Nancy, sebanyak 4,000 permohonan dihantar setakat semalam dan hanya 32 permohonan yang lengkap setakat ini.

“Tapi kami memberi peluang kepada mereka untuk menyusun atur permohonan tersebut,” ujarnya.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU