ARTIKEL

Gondopuro hasilkan minyak herba tertua dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MINYAK gondopuro merupakan minyak herba yang terbuat daripada hasil penyulingan daun tumbuhan pokok gondopuro.

Gondopuro atau gandapura (Gaultheria leucocarpa), merupakan jenis tanaman perdu dari keluarga Ericaceae.

Tumbuhan ini berasal dari Asia, Australasia dan Amerika Syarikat.

Beberapa spesies Gondopuro ditanam sebagai pokok renek hiasan di taman, manakala spesies yang lebih kecil sesuai untuk taman batu atau bongsai.

Di kawasan tropika, tumbuhan ini boleh berbunga dan berbuah sepanjang tahun.

Bunganya berbentuk loceng, berwarna putih, merah jambu hingga merah.

Buahnya pula menyerupai buah beri berisi banyak biji kecil.

Kebanyakan buah spesies Gaultheria hambar dari segi rasa dan tidak digunakan secara meluas.

Daun Gondopuro sudah sekian lama digunakan dalam pengubatan tradisional, selain dijadikan bahan pembuatan teh herba yang berkhasiat.

Daun dan bunga beberapa spesies Gaultheria menghasilkan minyak wintergreen yang mempunyai aroma dan rasa yang sangat manis.

Minyak ini sejak zaman dahulu digunakan secara meluas untuk menyedapkan minuman, untuk menambah perisa dalam pembuatan gula-gula, gula-gula getah dan ubat gigi dan sebagai aromaterapi.

Tumbuhan itu mengandungi asid salisilik dan diketahui mempunyai aktiviti analgesik dan antiradang.

Dari segi perubatan ia digunakan untuk meredakan penyakit rematik dan nyeri sendi dan otot, menurunkan tekanan darah. 

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU