ARTIKEL

Google bayar lebih RM1.5 bilion kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MILAN, Itali: Gergasi internet Amerika Syarikat (AS), Google, telah membayar €326 juta (AS$340 juta atau lebih RM1.5 bilion) kepada Itali bagi menyelesaikan pertikaian cukai yang berlarutan selama beberapa tahun.

Menurut agensi berita Jerman, dpa, perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Pendakwa Raya Milan pada Rabu.

Google mengesahkan penyelesaian luar mahkamah itu, dengan menyatakan bahawa ia dan pihak berkuasa kewangan Itali telah mencapai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Pada masa sama, Pendakwa Raya Marcello Viola mengumumkan hasratnya untuk memohon penutupan kes terhadap anak syarikat Ireland, Google Ireland Limited, berkaitan dakwaan pengelakan cukai.

Pertikaian itu melibatkan dakwaan bahawa syarikat AS itu cuba mengelak pembayaran cukai di Itali melalui Ireland. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU